Labels

Saturday, October 31, 2015

TERBIT BUKU SENDIRI

terbitbukusendiri.com menerbitkan buku sendiri.
Kami juga bersedia untuk menerbitkan buku-buku sahabat-handai yang berminat secara 'terbit sendiri'.

Menerbitkan buku sendiri tidak susah. Walau bagaimanapun sekiranya kita tidak pernah menerbitkan buku, ia boleh memeningkan kepala. Berikut adalah langkah-langkah untuk menerbitkan buku sendiri. Kami akan bantu dari A hingga Z. Ia itu setelah manuskrip disiapkan.


A. Dapatkan khidmat editor untuk menyemak dan membetulkan manuskrip
B. Dapatkan khidmat perekabentuk untuk buat lay-out, lakaran dan foto
C. Pereka grafik untuk rekabentuk cover buku depan dan belakang
D. Perolehan ISBN
E. Penentuan harga jualan
F. Promosi on-line. Fanpage, Blog, instagram dan setaraf
G. Proses percetakan
H. Penyerahan naskah kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
I.
J.
K.
:
:
:
Z.  Jualan.


BUKAN SENANG TERBIT BUKU SENDIRI



http://traveloguk.blogspot.my/2013/04/buku-bukan-senang-terbit-sendiri.html



Buku Travelog UK akhirnya berada di pangkuan.
Mula-mula menulis. Macam biasalah, macam penulis lain juga.
Kemudian mencari editor. Kita perlu cari editor yang bagus.
Kita perlu cari editor yang tidak letak harga tinggi.

Projek masa hadapan, saya mencari editor yang ingin berkongsi royalti pula.
Perkara ini belum pernah dilakukan oleh orang lain, biarlah saya yang melakukannya.
Jika sekiranya tidak ada editor yang berminat, biarlah saya yang menjadi editor kepada penulis lain. Sebagai perintis.

Selepas itu saya mencari Pembaca Awal. Ia itu untuk membaca manuskrip yang telah diedit. Saya cari 10 orang. Memang ramai yang 'berminat'. Saya cuma pilih 10 orang sahaja. Akhirnya hanya enam sahaja yang memulangkan semula komen dan ulasan mereka. Saya rakamkan nama-nama mereka dalam buku.

Kemudian saya bawa manuskrip dalam bentuk softcopy (PDF) dan cover dalam format AI kepada pencetak. Pencetak ini saya sudah biasa. Harga yang ditawarkan sangat kompetitif. Tempoh selama 10 hari diperlukan untuk mencetak buku ini. Tiba hari kesebelas, saya telefon. Buku belum siap dan akan disiapkan jam 9 malam. Saya datang 9 malam, Sediakan cek baki selepas ditolak 50% deposit. Bayaran secara cek tidak diterima. Saya perlu buat bayaran secara tunai atau bank-in. Saya pilih secara bank-in menggunakan komputer yang disediakan.

Buku sudah di tangan dan sekarang, cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menjualnya. Inilah cabaran paling besar.

26/4/2013

Friday, October 30, 2015

TERBIT BUKU SENDIRI

KAMI terbitkan buku tulisan kami sendiri. Mengapa?

- cepat
- tidak cerewet
- kita dapat 100% (berbanding 10% royalti)
- keputusan 100% di tangan kita.
- banyak lagi ...

KAMI juga sedia membantu rakan-rakan yang ingin terbit sendiri.


BISMILLAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang